Nice to see, nice to hold
Once broken considered sold
Fakta mengenai China Bowl ni. Sekali dah terpecah, boleh digam semua. Namun, bekas retakan itu akan masih jelas kelihatan.
Ramai yang mengaitkan fakta ini dengan persahabatan. Malah ramai juga mengaitkannya dengan hubungan sesama keluarga.
Nota kali ni adalah mengenai keperluan menjaga hubungan kekeluargaan.
Ianya  juga mengulas mengenai tindak tanduk yang di buat oleh ahli keluarga di  dalam akaun sosial masing-masing yang boleh mencetuskan rasa tidak puas  hati di kalangan keluarga.
Baru-baru ini saya membuat tindakan yang drastik. Yang selama ini tidak pernah saya lakukan.
Saya  akui, sebagai manusia dan wanita, saya gak tersinggung dengan tindakan  mereka yang 'merahsiakan' segala aktiviti mereka yang terkini mahupun  status mereka dari saya. Mengapa perlu di reka sekuriti seperti itu?  Nampak sangat mereka tidak ikhlas malah merahsiakan sesuatu.
Malas  melayan karenah mereka, saya lantas membuat keputusan untuk turut  merahsiakan segala aktiviti mahupun status saya dari mereka. Saya pasti  mereka hangat memperkatakan tentang saya. Katalah, cercalah. Saya  langsung tidak kisah malah saya merasa lega kerana sekurang-kurangnya  saya, mahupun mereka tidak perlu membuang masa bercakap sembrono  mengenai saya.
Kepada mereka yang terasa, maaflah, to be honest with, you've started it.

No comments:
Post a Comment