Tuesday 12 April 2011

China Bowl

Nice to see, nice to hold
Once broken considered sold

Fakta mengenai China Bowl ni. Sekali dah terpecah, boleh digam semua. Namun, bekas retakan itu akan masih jelas kelihatan.

Ramai yang mengaitkan fakta ini dengan persahabatan. Malah ramai juga mengaitkannya dengan hubungan sesama keluarga.

Nota kali ni adalah mengenai keperluan menjaga hubungan kekeluargaan.

Ianya juga mengulas mengenai tindak tanduk yang di buat oleh ahli keluarga di dalam akaun sosial masing-masing yang boleh mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan keluarga.

Baru-baru ini saya membuat tindakan yang drastik. Yang selama ini tidak pernah saya lakukan.

Saya akui, sebagai manusia dan wanita, saya gak tersinggung dengan tindakan mereka yang 'merahsiakan' segala aktiviti mereka yang terkini mahupun status mereka dari saya. Mengapa perlu di reka sekuriti seperti itu? Nampak sangat mereka tidak ikhlas malah merahsiakan sesuatu.

Malas melayan karenah mereka, saya lantas membuat keputusan untuk turut merahsiakan segala aktiviti mahupun status saya dari mereka. Saya pasti mereka hangat memperkatakan tentang saya. Katalah, cercalah. Saya langsung tidak kisah malah saya merasa lega kerana sekurang-kurangnya saya, mahupun mereka tidak perlu membuang masa bercakap sembrono mengenai saya.

Kepada mereka yang terasa, maaflah, to be honest with, you've started it.

Followers