Thursday 17 September 2009

Suatu kebetulan

Semakin dekat raya, semakin lembap produktiviti penyelidikan. Menulis laporan satu muka dirasakan satu cabaran, sedangkan 'dateline' semakin dekat, di tambah pula dengan 'gentle reminder' email yang diterima dari supervisor tercinta. Aduss... sungguhla mencabar bila hati dan pemikiran tidak bersatu.

Maka mulala tangan menggatal mencari tetikus menggodek-godek laman sesawang. Email-email lama mula la dikemaskini, konon-kononnyer. Email yang dirasakan tidak perlu dibuang. Dek kerana itu, terjumpala pula alamat blog Dino, a friend of mine yang diforward oleh Afizan. Dengan tak semena-mena mata menangkap sesuatu yang similar. HHhmm.. mungkin disebabkan oleh persamaan bulan kelahiran, anak kedua atau? Baru perasan yang template blog yang kami pilih sama. Sangatlah serupa. Cuma berbeza dari susun atur layoutnyer sahaja. Senyum terus melerat lantas tergerak hati ingin menulis entry blog kali ini.

Enough said, back to research cik faya. Gambate, stop procrastinating.

No comments:

Post a Comment

Followers